Biografi Rosnah Rashid Shirlin

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1972 di Kota Belud, Sabah.[1] Beliau mendirikan rumah tangga dengan Fadli Juanas dan mempunyai 3 orang anak angkat. Merupakan anak kelapan dari sembilan adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera manakala ibunya pula suri rumah. Hobi beliau adalah membaca terutama buku mengenai siri penyiasatan dan juga menonton bola.Mempunyai latar belakang dalam bidang guaman bagaimanapun, ia bukan penghalang untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dan berharap pengalaman sebagai peguam boleh membantu terutama dari segi perundangan.selain itu juga beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang guaman dilantik sebagai ahli jawatankuasa Penerangan mewakili guaman di bawah biro negeri Sabah.Memperoleh Pencapaian Akademik: Disember 1991-1995 - Bachelor in LLB (Hons) UIA. Dianugerahkan Darjah Kebesaran: ADK, ASDK, Jaksa Pendamai (JP), PGDK.Jawatan yang disandang beliau Timbalan Pengerusi Rakan Pengguna,Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, dan Ahli Lembaga Malaysia France Institutes Sdn Bhd.[2][3]

Rosnah merupakan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 2009.[4]. Kini beliau merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya yang dilantik oleh Perdana Menteri pada 15 Mei 2013 untuk jawatan didalam kebinet Malaysia 2013.[5]

Dalam pemilihan UMNO 2009 di PWTC, beliau terpilih menjadi Ketua Puteri UMNO.[6]

Rujukan

WikiPedia: Rosnah Rashid Shirlin http://english.astroawani.com/news/show/three-umno... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.theborneopost.com/2013/05/18/rosnah-wan... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Senarai... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2004/3/... http://www.mysihat.gov.my/v2/promosi/index.php/bm/... http://www.parlimen.gov.my/DewRakyat_KedAhli_detai... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://www.barisannasional.org.my/mp/rosnah-binti-...